Penerangan
22 Julai 2021, BAGAN DATUK - JAS Cawangan Teluk Intan telah menjalankan pengawasan kualiti udara menggunakan alat GRIMM di sebuah premis industri pada hari ini.
Dalam pada itu, sesi pembelajaran pelajar praktikal JAS di premis terbabit turut diadakan terutamanya mengenai fungsi sistem pengolahan efluen dan dandang. Penerangan mengenai kedua-dua alat tersebut telah diberikan oleh wakil premis yang ditemui.
Pengawasan kualiti udara ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.