Penerangan
16 Julai 2021, TAIPING – Penguatkuasa JAS Cawangan Taiping telah menjalankan siasatan aduan pembakaran terbuka di sekitar kawasan perumahan Kampung Jambu, Taiping.
Siasatan yang dijalankan telah menemui kesan pembakaran terbuka di kawasan perumahan tersebut yang mengandungi sisa buangan pangkasan pokok dan buangan plastik. JAS Perak telah memberikan amaran terakhir bagi memastikan kejadian pembakaran terbuka tidak berulang lagi kepada penduduk yang ditemui.
Jabatan Alam Sekitar ingin mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.
Siasatan ini dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.