Penerangan
KOMPETENSI EiMAS NORMA BAHARU SECARA HIBRID: KURSUS KOMPETENSI PROTOKOL PERSAMPELAN, PENGAWETAN DAN PENGENDALIAN SAMPEL EFLUEN BAGI TUJUAN PENGUATKUASAAN
UNTUK PEGAWAI JABATAN ALAM SEKITAR LANTIKAN BARU/BERTUKAR MASUK KE JABATAN TAHUN 2019-2021
Kursus bagi Kumpulan 1 iaitu seramai 43 orang peserta yang terdiri Penolong Jurutera dan Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar sedang berlangsung di EiMAS pada 28 - 29 Julai 2021.
Kaedah pembelajaran adalah secara hibrid iaitu kombinasi pembelajaran secara kendiri (eLearning), kelas secara maya (online), ujian amali (hands on), kuiz, ujian penilaian dan tugasan.
Tenaga pengajar terdiri daripada pegawai-pegawai dari Pusat Kawalan dan Pengawasan Air, Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS).
Objektif kursus ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan latihan serta membangunkan kepakaran di kalangan pegawai-pegawai baru Jabatan Alam Sekitar untuk melaksanakan persampelan, pengawetan dan pengendalian sampel efluen semasa menjalankan siasatan dan penguatkuasaan