Penerangan
16 Julai 2021, IPOH – Dua pembentangan oleh perunding alam sekitar bagi permohonan rayuan penilaian awal tapak telah dijalankan secara hibrid pada hari ini dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, YBrs Haji Rosli Bin Zul.
Perbincangan menumpukan kepada skop berkaitan pengawasan kualiti udara di sekitar kawasan reseptor yang perlu dipatuhi oleh premis industri.
Turut hadir di dalam perbincangan ini adalah Ketua Penolong Pengarah, Encik Mohd Rizal bin Ramli dan Unit Input Pembangunan JAS Perak.
Perbincangan ini dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.