PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN PENGUATKUASAAN ADUAN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 OLEH JAS PERAK

DOE Perak 28/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN PENGUATKUASAAN ADUAN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 OLEH JAS PERAK
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
28/07/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

16 Julai 2021, PENGKALAN - Seksyen Perak Tengah dan Seksyen Aduan JAS Perak telah menjalankan siasatan aduan pelepasan efluen berwarna di Kawasan Perindustrian Pengkalan pada 15 Julai 2021. Hasil siasatan menemui efluen berwarna dilepaskan dari sebuah premis berasaskan mineral dekat sini terus ke longkang awam yang mana telah gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. JAS segera bertindak membuat persampelan efluen dan terus mengeluarkan arahan membersihkan longkang dengan serta-merta. Persampelan efluen telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan penganalisaan. JAS mengingatkan kepada semua premis industri yang beroperasi untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku semasa tempoh PKP 3.0 sedang dilaksanakan. Operasi ini mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan