Penerangan
27 Julai 2021, Bangi – Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan JAS Bil.6/2021 secara maya dengan kehadiran 300 warga JAS diseluruh Malaysia serta boleh juga diakses secara live melalui FB Jabatan Alam Sekitar.
Tema Perhimpunan Bulanan JAS kali ini ialah “KOMPETENSI JAS NORMA BAHARU MELALUI LATIHAN HIBRID”. Majlis Perhimpunan telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pn. Siti Zaleha binti Ibrahim, S.M.S., Pengarah EiMAS selaku penganjur perhimpunan dan ucapan amanat oleh YBrs. Ketua Pengarah Alam Sekitar, Puan Norlin binti Jaafar.
Antara pengisian penting semasa perhimpunan kali ini adalah perkongsian pihak EiMAS dalam pelaksanaan kursus secara hibrid yg telah dijalankan kepada pegawai-pegawai penguatkuasa JAS melalui tayangan montaj.