PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN SIASATAN SUSULAN OLEH JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 28/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN SIASATAN SUSULAN OLEH JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
28/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Selasa, 27 Julai 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Pegawai penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan rondaan mencegah  pembakaran terbuka dan menyusul kes-kes pembakaran terbuka yang berlaku sebelum ini. Rondaan pada hari ini melibatkan jajaran jalan raya yang menghubungkan kawasan Bukit Tunggal, Gong Badak, Mengabang Telipot, Mengabang Bakong, Lembah Bidong, Telaga Papan, Chalok, Pelong, Langkap, Sungai Tong, Tepoh dan Tok Jiring. Hasil rondaan ini, tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan. Siasatan susulan kesan pembakaran terbuka yang ditemui pada 24 Julai 2021, di Mengabang Bakong, mendapati ianya masih berlaku dengan penemuan kesan berasap. Kes ini masih dalam siasatan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.  Banner larangan pembakaran terbuka di lokasi kejadian telah dipasang sebagai amaran keras supaya aktiviti ini dihentikan. Selain itu, pegawai penguatkuasa turut menemui longgokan pokok-pokok kayu yang telah ditebang di Kg. Chalok. Banner larangan pembakaran terbuka juga telah dipasang sebagai usaha pencegahan agar aktiviti ini tidak diteruskan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan