Penerangan
Selasa, 27 Julai 2021, Kemaman, Terengganu. Pegawai penguatkuasa terus menjalankan penguatkuasaan ke atas premis industri yang tertakluk di bawah Akta 127 dan pematuhan Akta 342.
Penguatkuasaan ini melibatkan kawasan Bandar Kemaman, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kijal, Kemasik, Kerteh, Kertih Integrated Petrochemical Complex (KIPC), Taman Industri Polimer Kertih dan Chukai.
Hasil siasatan dan pemeriksaan mendapati semua premis-premis mematuhi undang-undang tersebut.
Di samping itu juga berdasarkan rondaan dan pemantauan premis, tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada keadaan yang mencurigakan ditemui.