PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMP) DIADAKAN SECARA HIBRID -JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 27/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMP) DIADAKAN SECARA HIBRID -JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
27/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Selasa, 27 Julai 2021- Kuala Terengganu, Terengganu.  Hari ini Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan mesyuarat EMP bagi  Cadangan Projek Medan Minyak  Luar Pantai  Negeri  Terengganu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan secara atas talian oleh YBrs. Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah merangkap Ketua Bahagian Pembangunan, JAS Terengganu. Penolong Pengarah Kanan merangkap Ketua Unit EIA, Puan Hasra Masrifah binti Wan Jusoh @ Ab. Rahim dan Penolong Pegawai Kawalan Kanan, Puan Yusnalis binti Yusoff,  hadir  secara fizikal di pejabat  sebagai pegawai memproses dan urusetia mesyuarat. EMP ini merupakan salah satu syarat kelulusan laporan EIA . Ianya perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum pembangunan projek dimulakan. Kegagalan pihak pemaju mematuhi keperluan ini, tindakan undang-undang di bawah Seksyen 34A (7) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan