PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak (JKKTM) Bil.1/2021

DOE WP Putrajaya 27/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak (JKKTM) Bil.1/2021
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
27/07/2021
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar Ibu pejabat telah mengadakan satu mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak (JKKTM) Bil.1/2021 pada 26 Julai 2021. Mesyuarat tersebut diadakan secara maya dan dipengerusikan oleh YBrs. Puan Norlin binti Jaafar, Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia. Mesyuarat ini disertai oleh pelbagai agensi yang bekaitan iaitu Jabatan Laut Malaysia (JLM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Markas Tentera Laut (TLDM), Markas Pemerintahan Operasi Udara (TUDM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), PETRONAS dan Petroleum Industry of Malaysia Mutual Aid Group (PIMMAG). Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah pemakluman status tindakan yang telah diambil oleh Jabatan Alam Sekitar selaku peneraju Rancangan Kontingensi Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak (RKKKTM), kertas makluman penjenamaan Rancangan Kontingensi Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak (RKKKTM), kertas makluman Garis Panduan Malaysia Oiled Wildlife Response Plan (MOWRep) dalam MOSCop dan pembentangan oleh PETRONAS mengenai Enhancement of Oil Spill Response for Tier 1 and 2 Industry thorugh Collaboration with Government Agency.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan