Penerangan
16 Julai 2021 (Jumaat), pemantauan ops catat terhadap kenderaan berenjin diesel dijalankan di Perai dan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi memastikan semua pemilik kenderaan diesel mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Di bawah peraturan ini, mana-mana kenderaan diesel yang didapati melepaskan asap melebihi had yang dibenarkan, tawaran kompaun tidak melebihi RM2,000.00 boleh dikenakan