PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

MESYUARAT PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMP) DIADAKAN SECARA ATAS TALIAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 26/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMP) DIADAKAN SECARA ATAS TALIAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
26/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

26 Julai 2021- Kuala Terengganu, Terengganu.  Hari ini Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan mesyuarat EMP bagi Cadangan Projek “Power Plant” di daerah Kemaman. Mesyuarat ini telah diadakan  secara atas talian dan telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah selaku Ketua Bahagian Pembangunan, JAS Terengganu. Timbalan Ketua Cawangan Kemaman, Puan Zuraini binti Mohd Sinin hadir sama. Penolong Pengarah Kanan selaku Ketua Unit EIA, Puan Hasra Masrifah binti Wan Jusoh @ Ab. Rahim dan Penolong Pegawai Kawalan Kanan, Puan Yusnalis binti Yusoff, di Bahagian Pembangunan JAS Terengganu hadir sebagai pegawai memproses laporan EMP dan urusetia mesyuarat. Penyediaan dokumen EMP ini merupakan salah satu syarat kelulusan laporan EIA . Ianya perlu dipatuhi oleh pihak pemaju selaras dengan kehendak Seksyen 34A (7) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan