Penerangan
OPS BENTENG KILANG KELAPA SAWIT
RAUB,22 JULAI 2021 - JAS Pahang Caw. Temerloh telah mengadakan satu operasi gempur di sebuah kilang sawit di sini bagi membuat pemantauan terhadap pelepasan efluen sawit di takat pelepasan terakhir serta pematuhan operasi kilang semasa tempoh PPN ini. Pasukan operasi juga membuat pemeriksaan terhadap ketahanan benteng-benteng kolam Sistem Pengolahan Efluen (SPE) kilang bagi mengelak berlakunya kejadian benteng pecah.
JAS mengingatkan kepada semua kilang sawit untuk sentiasa memastikan benteng- benteng kolam SPE kukuh dan berada dalam keadaan baik.
#kementerianalamsekitardanair
#jaspahang
#jabatanalamsekitar
#22julai2021