PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MAJLIS PENYERAHAN LESEN KILANG KELAPA SAWIT NEGERI PAHANG BAGI TAHUN 2021 SECARA MAYA

DOE Pahang 26/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PENYERAHAN LESEN KILANG KELAPA SAWIT NEGERI PAHANG BAGI TAHUN 2021 SECARA MAYA
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
26/07/2021
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

MAJLIS PENYERAHAN LESEN KILANG KELAPA SAWIT NEGERI PAHANG BAGI TAHUN 2021 SECARA MAYA KUANTAN, 22 JULAI 2021- Majlis Serahan Lesen Kilang Kelapa Sawit yang berlangsung secara maya pagi tadi telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Tuan Haji Mohd Sani b Mat Daud. Sejumlah 71 buah Premis Kilang Kelapa Sawit telah membuat pembaharuan lesen dan menghadiri taklimat ini secara maya. Taklimat Pematuhan Syarat-Syarat Lesen bagi pembaharuan lesen Kilang Kelapa Sawit telah disampaikan oleh Puan Noor Shahniyati bt Ahmad Shukri, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang. Selain itu, Taklimat mengenai Garis Panduan Pelan Pelupusan Enapcemar Kolam Pengolahan Efluen dan Garis Panduan Pelan Pengurusan Tandan Kosong Kelapa Sawit juga telah disampaikan oleh Puan Julianah bt Dulaidi, Ketua Unit Perlesenan JAS Pahang. Sesi ini diadakan bagi memastikan Premis Yang Ditetapkan ini sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen yang telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak Jabatan Alam Sekitar akan mengambil tindakan tegas ke atas premis yang gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 termasuk tindakan penggantungan lesen. #KementerianAlamSekitarDanAir #JabatanAlamSekitar #Jaspahang #22julai2021

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan