PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) OLEH JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 26/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) OLEH JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
26/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

24 Julai 2021, Kuala Terengganu, Terengganu.  Pegawai penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan rondaan mengesan pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut yang sering berlaku kebakaran pada keadaan cuaca yang panas dan juga berkemungkinan daripada aktiviti pembersihan kawasan oleh orang awam. Rondaan pada hari ini melibatkan jajaran jalan raya yang menghubungkan Kuala Nerus, Batu Rakit, Mengabang Bakong, Penarik, Rhu 10, Permaisuri, Sungai Tong dan Tepoh. Hasil rondaan ini, pegawai penguatkuasa telah menemui kesan pembakaran terbuka di lokasi yang dipercayai adalah kawasan Tanah Gambut Pecah Rotan. Siasatan awal mendapati status tanah adalah milik kerajaan bagi tujuan tanaman rumput ranggut yang diusahakan oleh penduduk kampung. Siasatan susulan akan dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang tepat berhubung penemuan kes ini. Pegawai penguatkuasa telah mengambil tindakan awal dengan menampal poster larangan pembakaran terbuka di pintu masuk ke padang ranggut tersebut sebagai amaran dan peringatan bahawa aktiviti tersebut merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan