Penerangan
24 Julai 2021- Kemaman, Terengganu. Hari ini, pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus menjalankan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka, memantau punca pencemaran dari industri.
Pemantauan berterusan pencemaran bau busuk yang sering diadu berpunca daripada aktiviti perindustrian di kawasan kerteh juga dilakukan.
Rondaan dan pemantauan punca pencemaran ini dilakukan di sekitar Bandar Kemaman, Bukit Kuang, Kijal, Kemasik, Kerteh, Kawasan Perindustrian Kerteh, Kawasan Perumahan TNB Paka dan Chukai.
Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka ditemui, tiada pencemaran bau dihidu dan tiada aktiviti yang mencurigakan ditemui.