PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN BERTERUSAN BAGI KES ADUAN PENCEMARAN SUNGAI DI DAERAH HULU TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 24/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN BERTERUSAN BAGI KES ADUAN PENCEMARAN SUNGAI DI DAERAH HULU TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
24/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

23 Julai 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini, pegawai penguatkuasa JAS Terengganu telah melakukan siasatan susulan dan pemantauan berterusan bagi kes aduan orang awam yang diterima dan telah  disiasat 19 Julai yang lalu. Aduan yang diterima  melalui Sistem e-Aduan dan Facebook YB Menteri Alam Sekitar dan Air adalah mengenai kejadian pencemaran sungai di daerah Hulu Terengganu yang dilaporkan berpunca daripada sebuah kilang kelapa sawit. Hasil pemantauan susulan di lokasi yang diadu didapati kualiti air sungai adalah baik. Pemeriksaan di kawasan kilang kelapa sawit yang diadu mendapati tiada sebarang pelepasan dan  pintasan efluen daripada kolam pengolahan efluen ke sungai dikesan. JAS Terengganu akan terus memantau kilang ini melalui penguatkuasaan dan penilaian pemantauan prestasi mengikut syarat lesen yang telah ditetapkan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan