Penerangan
23 Julai 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini Jumaat, cuti hujung minggu di Negeri Terengganu. Pegawai penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan rondaan bagi tujuan mencegah pembakaran terbuka, memantau premis industri dan menyiasat aduan.
Kawasan rondaan bermula dari daerah Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Setiu. Rondaan dan pemantauan yang melibatkan keempat-empat daerah ini memfokuskan kepada potensi pembakaran terbuka berlaku terutama di kawasan tanah gambut berdekatan Ladang Tabung Haji dan Ladang Rakyat, Lembah Bidong yang sering terbakar. Tiada aktiviti pembakaran terbuka ditemui.
Siasatan aduan berulang bagi pembakaran terbuka yang didakwa berlaku berdekatan Sekolah Kebangsaan Kedai Buluh juga dilakukan. Hasil siasatan tiada kesan pembakaran wayar di temui di lokasi yang diadu. Hanya kesan lama pembakaran sampah ditemui. Pegawai penguatkuasa JAS Terengganu telah mengedarkan risalah larangan pembakaran terbuka kepada penduduk di sekitar kawasan berkenaan.
Rondaan mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran ini akan terus dilakukan bagi memastikan kesejahteraan alam sekitar dapat dikekal.