PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OMPT, MEMANTAU PENCEMARAN  DAN MENYIASAT ADUAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 24/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OMPT, MEMANTAU PENCEMARAN  DAN MENYIASAT ADUAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
24/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

22 Julai 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Pegawai penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka dan menyiasat aduan. Kawasan rondaan hari ini melibatkan jajaran jalan raya utama dan jalan-jalan yang menghubungkan tiga daerah iaitu daerah Kuala Terengganu, Setiu dan Besut. Tiada aktiviti pembakaran terbuka di kesan. Tiada kes-kes yang abnormal ditemui. Dua siasatan pembakaran terbuka juga telah dijalankan berdekatan Sekolah Kebangsaan Kedai Buluh. Aduan ini didapati berasas dengan penemuan kesan pembakaran terbuka ke atas  ranting kayu dan sampah di rezab jalan berdekatan sekolah tersebut. Banner larangan pembakaran terbuka dipasang di beberapa lokasi berdekatan dalam usaha Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu mengingatkan orang awam berhubung dengan kesalahan dan denda yang boleh dikenakan sekiranya aktiviti ini dilakukan. Manakala siasatan aduan pembakaran terbuka di Kg. Jabi, pasukan penguatkuasa tidak menemui sebarang kesan pembakaran terbuka. Lokasi sebenar aduan tidak dijumpai kerana pengadu tidak dapat dihubungi untuk membantu siasatan. Pasukan penguatkuasa juga menjalankan pemantauan di Tapak Pelupusan Sampah Kg. Paya Rawa dan kawasan gambut di sekitarnya. Tiada sebarang pembakaran terebuka dikesan dan paras air di kawasan gambut  adalah normal.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan