Penerangan
19 Julai 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Pegawai penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan rondaan mencegah pencemaran dan menyiasat lokasi hotspot pembakaran terbuka.
Hari ini juga merupakan cuti umum di negeri Terengganu sempena Hari Arafah, tugas meronda dan memantau pencemaran telah dilakukan di daerah Kuala Nerus dan Setiu. Tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui.
Di samping itu siasatan ke atas lokasi hotspot didapati berasas dengan penemuan kesan terbakar longgokan pokok yg telah ditebang bagi tujuan pertanian. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang sebagai amaran agar aktiviti ini tidak diteruskan oleh mana-mana individu yang terlibat.
Rondaan dan pemantauan yang berterusan ini menjadi amanah dan tanggungjawab besar kepada pegawai penguatkuasa JAS Terengganu untuk memastikan negeri ini bebas dari sebarang pencemaran.