Penerangan
18 Julai 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini pegawai penguatkuasa JAS Terengganu telah menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka dan menyiasat aduan pembakaran terbuka oleh orang awam.
Lokasi rondaan melibatkan daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Kawasan rondaan bukan sahaja tertumpu kepada premis industri tetapi juga kawasan penempatan di perkampungan dan taman-taman perumahan. Tiada pembakaran terbuka dikesan di sepanjang laluan rondaan tersebut.
Siasatan aduan pembakaran terbuka di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus juga dilakukan. Kedua-dua aduan tersebut didapati berasas. Kesan pembakaran terbuka ditemui di kedua-dua lokasi tersebut.
Pegawai penguatkuasa telah memberi amaran dan menyerahkan risalah pembakaran terbuka kepada individu yang terlibat. Banner larang pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi kejadian bagi memberi peringatan agar aktiviti tersebut tidak dilakukan lagi.