PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

MERONDA MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA, MEMANTAU PENCEMARAN INDUSTRI DAN MENYIASAT ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA SEHINGGA KE WAKTU MALAM-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 24/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MERONDA MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA, MEMANTAU PENCEMARAN INDUSTRI DAN MENYIASAT ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA SEHINGGA KE WAKTU MALAM-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
24/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

16 Julai 2021, Kuala Terengganu, Terengganu.  Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah meningkatkan  komitmen dalam usaha mencegah pembakaran terbuka, memantau pencemaran dari industri dan menyiasat  aduan pembakaran terbuka sehingga ke waktu malam. Rondaan dan siasatan dari waktu siang sehingga ke malam ini melibatkan daerah Kuala Terenganu, Marang dan Hulu Terengganu. Kawasan yang dironda dan dipantau terdiri dari tapak pelupusan sampah, premis industri, kawasan perkampungan dan penempatan. Tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan di sepanjang laluan tersebut. Siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka didapati berasas dengan penemuan kesan pembakaran terbuka pangkasan pokok-pokok di lokasi yang diadu. Banner larang pembakaran terbuka telah dipasang bagi mencegah aktiviti ini berulang. Komitmen berterusan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini akan dapat mencegah kes-kes pencemaran yang tidak diingini berlaku terutama pada cuti hujung minggu di negeri ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan