Penerangan
15 Julai 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Pegawai penguatkuasa dari Unit Aduan Dan Kontigensi JAS Terengganu telah menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka dan memantau premis industri.
Kawasan rondaan dan pemantauan pencemaran ini adalah di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Marang. Tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan di sepanjang yang melibatkan kedua-dua daerah ini.
Siasatan aduan pembakaran sampah di Kg Rhu Dua daerah Marang didapati berasas dengan penemuan kesan pembakaran terbuka di lokasi yang diadu. Risalah larangan pembakaran terbuka telah diedar kepada beberapa penduduk sekitar dalam usaha mencegah aktiviti ini berulang.