Penerangan
14 Julai 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Pegawai penguatkuasa dari Unit Aduan Dan Kontigensi JAS Terengganu telah menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka dan memantau premis industri.
Rondaan dan pemantauan dilakukan di kawasan yang telah dikenalpasti potensi berlaku pembakaran terbuka dan pencemaran iaitu di kawasan penempatan, kawasan pantai, tapak pelupusan sampah dan premis-premis industri.
Lokasi rondaan hari ini melibatkan kawasan di sepanjang jalan raya utama dan jalan-jalan yang menghubungkan Kg Losong, Banggol Donas, Gemuroh, Sg Ikan, Tepoh, Pecah Rotan, Mengabang Telung, Mengabang Telipot, Gong Pak Jin dan Teluk Ketapang.
Hasil pemeriksaan,pemerhatian secara fizikal dan pemanmtauan ini, tiada aktiviti pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan.
JAS Terengganu sentiasa optimis dengan komitmen orang awam yang sentiasa memberi kerjasama dalam memelihara dan mengekalkan kelestaraia alam sekitar khususnya di Negeri ini.