Penerangan
10 Julai 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini Ketua Unit Aduan Dan Kontigensi JAS Terengganu , Penolong Pengarah Kanan Encik Amri bin Mohd Yusof bersama pasukannya menjalankan rondaan dan siasatan susulan kes aduan pembakaran terbuka di kawasan Gong Badak, daerah Kuala Nerus.
Siasatan susulan ini telah menemui beberapa bahan yang terdapat kesan terbakar di dalam sebuah premis. Siasatan sedang dijalankan untuk tindakan lanjut di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
Rondaan dan pemantauan hari ini juga melibatkan kawasan di sekitar daerah Kuala Nerus, Setiu dan Kuala Terengganu. Tiada pembakaran terbuka dikesan di sepanjang laluan jalan raya utama dan jalan-jalan yang menghubungkan daerah-daerah tersebut.