PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN DAN SIASATAN PENCEMARAN ASAP DI SEKITAR KOLEJ KEDIAMAN UNISZA GONG BADAK PADA WAKTU MALAM-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 24/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN SIASATAN PENCEMARAN ASAP DI SEKITAR KOLEJ KEDIAMAN UNISZA GONG BADAK PADA WAKTU MALAM-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
24/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

8 Julai 2021, Kuala Terengganu, Terengganu.  Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah meningkatkan strategik bagi mengenalpasti punca pencemaran asap di sekitar kediaman Kolej Kediaman UniSZA, Gong Badak, daerah Kuala Nerus. Rondaan dan siasatan pada waktu siang tidak mengesan bau asap dan kesan pembakaran terbuka menyebabkan pasukan penguatkuasa mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh rondaan ke waktu malam. Hasil rondaan dan siasatan menemui longgokan kesan pembakaran terbuka di luar kolej kediaman UniSZA dan kawasan perumahan yang bersebelahan dengan kolej tersebut.. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang  di kedua-dua lokasi  berkenaan. JAS Terengganu ingin memberi peringatan kepada semua lapisan masyarakat supaya tidak menjalankan aktiviti pembakaran terbuka.  Pembuatan ini boleh menimbulkan pencemaran  asap kepada persekitaran, sekaligus menyebabkan gangguan kepada orang awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan