Penerangan
6 Julai 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Pegawai penguatkuasa yang bertugas sebagai barisan hadapan terus gigih menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka dan menyiasat aduan pembakaran terbuka dalam tempoh PKP 3.0 Fasa 2 yang telah berkuatkuasa pada 5 Julai 2021.
Kawasan rondaan ini melibatkan daerah Kuala Terengganu, daerah Kuala Nerus , daerah Setiu dan daerah Besut. Hasil rondaan di keempat-empat daerah ini tiada pembakarann terbuka dikesan dan tiada aktiviti yang mencurigakan ditemui.
Siasatan aduan pembakaran terbuka sampah sarap dan plastik di Kg. Kedai Buloh, Kuala Terengganu didapati berasas. Penduduk yang terlibat telah diberi amaran dan risalah larang pembakaran terbuka turut diserahkan.
Selain itu siasatan ke atas aduan pencemaran habuk dari aktiviti tambun tanah di Kg Raja, Besut juga didapati berasas. Pihak yang terlibat telah dimaklumkan kesan daripada aktiviti tersebut telah mengganggu penduduk setempat. Pihak terlibat telah memberi jaminan untuk melaksanakan aktiviti tersebut mengikut kaedah yang betul. Hasil siasatan akan disalurkan kepada Majlis Daerah Besut untuk tindakan lanjut.