PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS MENGHARGAI TANGGUNGJAWAB MENGUATKUASAKAN AKAS 1974 DAN AKTA 342  DALAM TEMPOH PKP 3.0 FASA 2-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 24/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS MENGHARGAI TANGGUNGJAWAB MENGUATKUASAKAN AKAS 1974 DAN AKTA 342  DALAM TEMPOH PKP 3.0 FASA 2-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
24/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

5 Julai 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Menghargai tugas yang diamanahkan sebagai barisan hadapan dalam mencegah dan memantau pencemaran dan memeriksa pematuhan SOP  industri yang beroperasi dalam tempoh PKP 3.0 Fasa 2 ini, pegawai penguatkuasa terus komited melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab. Kawasan rondaan pada hari ini melibatkan laluan bermula di mukim Rusila, daerah Marang, daerah Dungun dan mukim Paka. Hasil siasatan, pegawai penguatkuasa hanya menemui pembakaran terbuka di Kg. Gong Nangka. Siasatan lanjut bagi mendapat status pemilikan tanah ini akan dijalankan dengan Pejabat Tanah Daerah Marang. Siasatan ke atas aduan hot spot di Kawasan Perindustrian Santong, Mukim Paka, daerah Dungun didapati berasas.  Punca  hotspot adalah dari sistem “flaring” kilang yang beroperasi di kawasan tersebut yang rosak pada “storage tank butane pressure valve stuck open”. Premis telah mengambil tindakan pantas membaiki dan menstabilkan semula sistem tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan