PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS KOMITED MENGUATKUASAKAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 DAN AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 (AKTA 342)-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 24/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS KOMITED MENGUATKUASAKAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 DAN AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 (AKTA 342)-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
24/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

4 Julai 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia, diwujudkan untuk menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Berkuatkuasa pada 11 Jun 2021, pegawai JAS telah diberi kuasa di bawah Seksyen 3, Akta Pencegahan Dan Pegawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk menjalankan  penguatkuasaan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) ke atas premis industri yang diperiksa. Menghargai tugas yang diamanahkan ini, pegawai penguatkuasa JAS Terengganu  terus komited menjalankan rondaan di kawasan Pasir Panjang dan Bukit Tunggal, daerah Kuala Terengganu , Gong Badak dan Mengabang Telipot, daerah Kuala Nerus dan Lembah Bidong, Merang, Penarik, Bukit Kemudu, Chaluk, Sg Tong, Sg Ikan dan Tepuh daerah Setiu. Tiada aktiviti pembakaran terbuka ditemui dan tiada keadaan yang mencurigakan ditemui semasa rondaan dilakukan di ketiga-tiga daerah ini. Siasatan aduan pembakaran terbuka di Kg. Pasir Panjang didapati aduan berasas.  Kesan pembakaran terbuka sampah sarap  dalam skala kecil ditemui berdekatan rumah pengadu. Pemilik rumah yang terlibat telah diberi amaran dan risalah peringatan supaya tidak mengulangi aktiviti ini .  Asap berpunca dari pembakaran terbuka di kawasan kediaman  ini telah mengganggu kejiranan. Banner larangan pembakaran terbuka juga telah dipasang di lokasi aduan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan