Penerangan
2 Julai 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu sentiasa memberi keutamaan dalam menjalankan siasatan bagi kes-kes aduan yang diterima. Komitmen ini sentiasa dijaga bagi memastikan isu pencemaran ini dapat diatasi dengan kerjasama semua pihak.
Hari ini cuti hujung minggu di Negeri Terengganu, 3 aduan diterima berkaitan dengan pembakaran terbuka. Dua (2) aduan di daerah Kuala Terengganu dan satu (1) aduan daerah Marang. Kesemua aduan tersebut didapati berasas di mana terdapat kesan pembakaran ditemui. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi-lokasi tersebut bagi memberi peringatan supaya aktiviti ini dihentikan.
Rondaan dan pemantauan pencemaran juga turut dilakukan di sepanjang jalan raya utama dan jalan-jalan kampung yang melibatkan kedua-dua daerah tersebut sehingga memasuki daerah Setiu. Hasil rondaan bagi ketiga-tiga daerah ini, tiada aktiviti yang mencurigakan ditemui dan tiada pembakaran terbuka dikesan.
Keadaan cuaca yang baik pada hari ini telah melancarkan kerja-kerja pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Semoga tugas sebagai barisan hadapan mencegah pencemaran dalam tempoh PKP 3.0 ini terus mendapat kerjasama dari semua lapisan masyarakat.