PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DISIASAT, RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN INDUSTRI DITERUSKAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 24/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DISIASAT, RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN INDUSTRI DITERUSKAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
24/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

1 Julai 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Komitmen dan konsisten dalam menjalankan tugas sebagai barisan hadapan mencegah pencemaran terus dipertingkatkan oleh pegawai penguatkuasa JAS dalam tempoh PKP 3.0 . Fokus rondaan dan pemantaun ini melibatkan daerah Kuala Terengganu dan daerah Kuala Nerus. Sepanjang rondaan ini terutama di kawasan penempatan industri tiada keadaan yang mencurigakan dikesan dan tiada pembakaran terbuka ditemui. Selain itu, siasatan aduan pembakaran terbuka di kawasan kediaman di Kg Tualang, telah dilakukan. Aduan berasas dengan penemuan kesan pembakaran terbuka di lokasi yang diadu. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang bagi memberi peringatan kepada orang awam bahawa aktiviti tersebut merupakan kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada sesiapa yang melanggar undang-undang tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan