Penerangan
23 Julai 2021- Kemaman, Terengganu. Hari Jumaat, cuti hujung minggu di negeri Terengganu, pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus menjalankan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran di kawasan-kawasan industri di daerah ini.
Rondaan dan pemantauan ini difokuskan kepada punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Ianya melibatkan jajaran yang bermula dari Bandar Chukai, Kijal, Kemasik, Kerteh, Kawawasan Perindustrian Kerteh, Kerteh Intergrated Petrochemicals Complex (KIPC), Kawasan Perindustrian Biopolymer Park dan Kawasan Perindustrian. Teluk Kalong.
Pemantauan di kawasan penempatan industri, tiada sebarang pelepasan asap hitam dari cerobong, flaring system dan tiada pencemaran habuk dari premis yang menjalankan aktiviti blasting.
Pengesanan bau juga turut dilakukan di kawasn industri berkenaan dan juga kawasan perumahan yang berhampiran, tiada bau busuk yang ketara dikesan.Di sepanjang rondaan dan pemantauan ini juga tiada pembakaran terbuka ditemui.