PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

TERUS KOMITED MENJALANKAN TUGAS MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN MEMANTAU PENCEMARAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 24/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TERUS KOMITED MENJALANKAN TUGAS MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN MEMANTAU PENCEMARAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
24/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

22 Julai 2021- Kemaman, Terengganu. Pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus komited  menjalankan rondaan dan memantau punca-punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan memeriksa pematuhan SOP pencegahan penularan Covid 19 di bawah Akta 342. Rondaan dan pemantauan hari ini dijalankan di Kawasan Chukai dan Bukit Kuang serta premis-premis industri di Kemaman Supply Base (KSB) dan Teluk Kalong. Punca pencemaran juga  dipantau di kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan yang berpotensi aktiviti pembakaran terbuka dilakukan oleh orang awam. Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada pembakaran terbuka ditemui dan  tiada aktiviti abnormal dijumpai. Tugasan yang dijalankan dengan penuh komited dan amanah ini diharap akan mewujudkan masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab dalam memelihara alam sekitar khususnya di negeri Terengganu yang terkenal dengan negeri yang cantik, budaya yang menarik dengan keunikan alam semulajadi.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan