Penerangan
19 Julai 2021- Kemaman, Terengganu. Hari ini pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus komited menjalankan rondaan dan memantau pencemaran pada cuti umum sempena Hari Arafah di negeri Terengganu.
Rondaan dan pemantauan ini melibatkan premis industri, penempatan di kampung-kampung,taman perumahan dan juga kawasan pantai.
Jajaran jalan raya yang terlibat bermula dari Kuala kemaman, Geliga, Bandar Kemaman, Bakau Tinggi, Bukit Kuang, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Chukai.
Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka ditemui, tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan dan tiada pencemaran asap hitam dan habuk dari cerobong kilang yang mendapat kebenaran beroperasi pada tempoh PKP 3.0 fasa 2 ini.
Pegawai penyiasat juga turut menemui longgokan kayu-kayu hasil pembersihan kawasan. Banner larang pembakaran terbuka telah dipasang sebagai amaran awal agar individu yang terlibat tidak meneruskan aktiviti yang boleh menimbulkan pencemaran udara dan gangguan kepada orang awam.