Penerangan
22 Julai 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini satu sesi pembentangan akhir latihan industri telah diadakan secara atas talian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 di Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
Dalam sesi ini, Cik Nur Ain Hazirah binti Mohd Nasir, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Kimia), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membentangkan laporan akhir kepada pensyarah penyelia iaitu Prof Dr. Yang Farina binti Abdul Aziz .
Pihak UKM memaklumkan dengan adanya latihan industri ini, ianya merupakan nilai tambah kepada pelajar dalam menimba pengalaman yang berguna dan berharga sebagai bekalan sebelum pelajar menjejak kaki ke alam pekerjaan.
JAS Terengganu memberi peluang kepada pelajar menjalani latihan ini sebagai kerjasama berterusan dengan pihak universiti selaku rakan strategik Jabatan dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar khususnya kepada generasi muda. .