Penerangan
JAS Cawangan Bintulu telah menjalankan operasi Ops Gempur pada 8 dan 9 Julai 2021 di Kawasan Perindustrian Tanjung Kidurong dengan memfokuskan kepada pematuhan pelepasan efluen perindustrian dan mengelakkan berlakunya kes pencemaran sungai yang mengganggu loji bekalan air. Operasi ini sebagai usaha berterusan pihak JAS memastikan pihak industri mematuhi sepenuhnya AKAS 1974 (Akta 127) dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pihak industri yang dibenarkan beroperasi adalah diingatkan supaya tidak melakukan pencemaran alam sekitar dan mematuhi garis panduan semasa yang ditetapkan MKN. Selain itu, pemantauan serta penguatkuasaan SOP turut dijalankan di bawah Seksyen 3, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].