Penerangan
11 Julai 2021 (Ahad), rondaan mencegah pembakaran terbuka dan pencemaran pada hujung minggu diteruskan di kawasan perindustrian Mak Mandin, kawasan perindustrian Perai, kawasan perindustrian Juru, kawasan perindustrian Bukit Minyak dan kawasan perindustrian Simpang Ampat. Pihak industri adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.