Penerangan
14 Julai 2021, BAGAN DATUK – Penguatkuasa JAS Cawangan Teluk Intan telah menjalankan siasatan penguatkuasaan ke atas sebuah premis industri penapisan minyak pada hari ini bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.
Hasil siasatan menemui beberapa perkara yang tidak patuh di bawah AKAS 1974. JAS segera membuat persampelan efluen dan premis akan dikenakan tindakan perundangan di bawah akta terbabit.
Siasatan penguatkuasaan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.