Penerangan
Satu siri Webinar anjuran bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Chemical Productivity Nexus (CPN) bertajuk JOM KITA BERKENALAN DENGAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (AKAS) 1974 telah diadakan melalui aplikasi zoom dan Facebook Live Chemical Productivity Nexus pada 6 Julai 2021 (Selasa) pada Jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Penceramah jemputan adalah Pn. Rojiah Abu Bakar, Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya dan Moderator adalah Pn. Mazriah Ayu Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Bahan Berbahaya, Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya.