PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DAN RONDAAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS TELUK INTAN

DOE Perak 29/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DAN RONDAAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS TELUK INTAN
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
21/07/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

19 Julai 2021, PERAK TENGAH - Penguatkuasa JAS Cawangan Teluk Intan telah menjalankan siasatan aduan pembakaran terbuka di sebuah kawasan perumahan di Perak Tengah pada 18 Julai 2021. Hasil siasatan aduan dari maklumat orang ramai itu telah menemui dua longgokkan sisa daun kering dan pangkasan pokok yang sedang terbakar. JAS segera bertindak memberi amaran terakhir dan poster larangan pembakaran terbuka kepada penduduk yang ditemui. JAS ingin mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka kerana menurut Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Terdahulu, JAS Teluk Intan turut menjalankan rondaan pemantauan pencemaran ke atas premis industri di Kawasan Perindustrian Manjung yang telah diarahkan menjalankan kerja-kerja pembersihan longkang awam ekoran pelepasan efluen berwarna ke longkang tersebut. Siasatan dan rondaan pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan