Penerangan
3 Julai 2021- Kemaman, Terengganu. Tugas sebagai barisan hadapan mencegah pencemaran bukan hanya berada di pejabat tetapi keberadaan pegawai penguatkuasa di lapangan adalah lebih utama bagi mengenal pasti punca pencemaran yang akan berlaku.
Sejajar dengan komitmen tersebut, rondaan telah dijalankan di kawasan yang berpotensi wujudnya pencemaran yang telah dikenal pasti oleh pegawai penguatkuasa. Sehubungan ini, rondaan pada hari ini dijalankan di kawasan Geliga, Jakar, Kg Besut, Bukit Kuang, Kemaman Supply Base, Telok Kalong, Kijal, Kerteh, Kawasan Perindustrian Kerteh, Taman Industri Polimer Kerteh, kawasan perumahan yang terjejas dengan aduan bau di Paka, Mukim Kemasik, Bandar Chukai.
Bagi memantapkan lagi rondaan dan pemantauan pencemaran hari ini, peralatan drone juga telah digunakan bagi pemantauan melalui udara. Hasil pengesanan bau dan rondaan di kawasan tersebut, tiada bau busuk yang ketara dikesan. Tiada kes-kes pencemaran yang mencurigakan berlaku dan tiada pembakaran terbuka dikesan.