PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENYIASATAN PREMIS INDUSTRI  DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 DAN SEKSYEN 3, AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 (AKTA 342)-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 18/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENYIASATAN PREMIS INDUSTRI  DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 DAN SEKSYEN 3, AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 (AKTA 342)-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
18/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

4 Julai 2021- Kemaman, Terengganu. Pegawai penguatkuasa JAS telah diamanahkan untuk menguatkuasakan  Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya sejak tahun 1975 bertujuan untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling. Berkuatkuasa pada 11 Jun 2021, pegawai penguatkuasa JAS telah dilantik sebagai pegawai yang diberi kuasa di bawah Seksyen 3, Akta Pencegahan Dan Pegawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk melaksanakan penguatkuasaan pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) ke atas premis industri yang diperiksa. Bertindak di bawah bidang kuasa tersebut, pegawai penguatkuasa telah menjalankan rondaan di kawasan Chukai, Geliga, Kawasan Perindustrian Jakar, Mak Chili, Gong Limau dan Kg Besut. Tiada pembakaran terbuka di kesan. Pemeriksaan ke atas premis industri, didapati kebanyakan premis tidak beroperasi.  Bagi premis yang beroperasi, pemeriksaan mendapati premis telah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan