Penerangan
9 Julai 2021- Kemaman, Terengganu. Cuti hujung minggu di Negeri Terengganu, pasukan penguatkuasaan JAS Cawangan Kemaman terus menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka, memantau premis industri dan mengawasi punca-punca pencemar di Kawasan Perindustrian Kerteh dan Taman Industri Polimer Kerteh
Rondaan dan pemantauan ini merangkumi kawasan Bandar Chukai, Bukit Kuang, Kijal, Kemasik, Kerteh, Kawasan Perindustrian Kerteh dan Taman Industri Polimer . Hasil rondaan dan pemantauan, tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan. Tiada pembakaran terbuka ditemui.
Pengesanan bau juga dibuat di premis-premis yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Kertih. Tiada pencemaran bau dikesan kecuali di Taman Industri Polimer, Kerteh didapati kesan bau yang tidak ketara dihidu dari sebuah premis yang beroperasi di kawasan tersebut.