Penerangan
10 Julai 2021- Kemaman, Terengganu. Hari ini, pasukan penguatkuasaan JAS Cawangan Kemaman telah menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka, memantau potensi pencemaran udara, air sisa industri dan pelupusan haram buangan terjadual.
Rondaan dan pemantauan ini melibatkan jalan raya utama dan jalan-jalan yang bermula dari Bandar Chukai, Kijal, Air Jernih, Kg. Chabang, Kerteh, Kawasan Perindustrian Kerteh, "Kerteh Intergrated Petrochemicals Complex (KIPC)" dan Kawasan Perindustrian Biopolymer Park, Kemasik dan Kawasan Perindustrian Teluk Kalong.
Pemeriksaan dan pemantauan di kawasan Perindustrian Teluk Kalong, tiada sebarang pelepasan asap hitam dari cerobong dan tiada pencemaran habuk dari premis yang menjalankan aktiviti "blasting".
Pemerhatian "visual" pelepasan asap dari “flaring system “ dan air sisa industri di Kawasan Perindustrian Kerteh dan KIPC, tiada sebarang pelepasan asap hitam dari cerobong premis dan tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan.
Pemantauan bau busuk di Kawasan Perindustrian Kerteh, KIPC, Biopolymer Park dan kawasan penempatan terdekat juga tiada bau busuk dikesan.
Di sepanjang rondaan ini juga tiada pembakaran terbuka dikesan