Penerangan
13 Julai 2021- Kemaman, Terengganu. Hari ini Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka dan memantau pencemaran terus dilakukan yang melibatkan punca-punca pencemaran yang berada di kawasan dan di laluan Bandar Chukai, Kijal, Air Jernih, Kg Chabang, Kerteh, , Kemasik, Kawawasan Perindustrian. Teluk Kalong dan Gong Limau.
Hasil pemeriksaan, pemerhatian visual dan pemantauan ini tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan, tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui dan tiada pelepasan pencemaran udara dari cerobong-cerobong premis industri kelihatan.
Di sepanjang rondaan juga beberapa longgokan sisa-sisa pokok dan semak samun dijumpai di Kg. Jabor Kubur. Pemasangan banner telah dilakukan di lokasi berkenaan sebagai peringatan supaya aktiviti tersebut tidak dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mungkin terlibat.
Pemasangan papan tanda kekal larangan pembakaran terbuka juga telah dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh JAS Terengganu. Lokasi pemasangan dibuat di kawasan yang sering berlaku pembakaran terbuka iaitu di kawasan berhampiran Laluan Utama Jalan Kemaman-Dungun ( Bandar Baru Kijal) dan Jalan Kg. Baru Kertih-Kg. Chabang (Exit LPT Kerteh) .
Rondaan dan pemasangan papan tanda larang pembakaran terbuka dan pemantauan ini sebagai usaha berterusan Jabatan Alam Sekitar dalam memastikan alam sekitar sentiasa kekal sihat dan sejahtera.