Penerangan
18 Julai 2021- Kemaman, Terengganu. Pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus komited menjalankan penguatkuasaan ke atas premis industri yang beroperasi dalam tempoh PKP 3.0 Fasa 2 dan juga membuat pemeriksaan pematuhan SOP premis bagi pencegahan penularan Covid-19 di bawah Akta 342.
Bertindak di bawah peruntukan kedua-dua Akta tersebut, pegawai penguatkuasa telah menjalankan rondaan, pemantauan dan pemeriksaan ke atas premis industri melibatkan Bandar Chukai, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kijal, Kemasik, Kertih, Jalan Kijal Lama dan Kemaman Supply Base.
Rondaan dan pemantauan ini turut melibatkan kawasan penempatan di perkampungan dan taman perumahan. Hasil rondaan ini tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan.
Berdasarkan pemerhatian visual ke atas potensi pelepasan asap hitam dan habuk dari cerobong kilang dan alat kawalan pencemaran udara, tiada kelihatan pengeluaran pencemaran kelihatan.