Penerangan
15 Julai 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan mesyuarat EMP bagi Cadangan Projek ECRL dI Negeri ini.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan secara atas talian oleh YBrs. Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah selaku Ketua Bahagian Pembangunan .
Penolong Pengarah Kanan selaku Ketua Unit EIA, Puan Hasra Masrifah binti Wan Jusoh @ Ab. Rahim dan Penolong Pegawai Kawalan Kanan, Puan Yusnalis binti Yusoff, di Bahagian Pembangunan JAS Terengganu sebagai urusetia.
Penyediaan dokumen EMP ini merupakan salah satu syarat kelulusan laporan EIA . Ianya perlu dipatuhi oleh pihak pemaju selaras dengan kehendak Seksyen 34A (7) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.