Penerangan
30 Jun 2021, KANGAR – Pasukan penguatkuasaan EIA Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah menjalankan pemantauan projek-projek EIA bagi memastikan pematuhan kepada syarat-syarat EIA yang diluluskan dan peraturan-peraturan berkaitan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS)1974 serta SOP PKP 3.0 dipatuhi sepenuhnya oleh tapak projek EIA.
Pemantauan di tapak projek EIA tertumpu di lokasi Guar Nangka, Kubang Gajah dan Empangan Timah Tasoh mendapati tiada aktiviti kerja-kerja tanah dan pembinaan dijalankan sepanjang tempoh PKP 3.0. Pemeriksaan dijalankan mengikut SOP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
JAS mengingatkan kepada semua penggerak projek EIA untuk terus komited terhadap usaha-usaha ke arah kelestarian alam sekitar dengan patuh kepada semua syarat EIA dan kehendak Akta 127 tersebut.
Kehadiran penguatkuasa Jabatan ini dilapangan menunjukkan komitmen yang tinggi bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara.