PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SESI LIBAT URUS SECARA ATAS TALIAN BERSAMA PEMEGANG TARUH (PUSAT PENGUMPULAN DAN KEMUDAHAN PEMEROLEHAN KEMBALI) BERKENAAN MESKANISME PENGURUSAN E-WASTE DI MALAYSIA

DOE WP Putrajaya 16/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS SECARA ATAS TALIAN BERSAMA PEMEGANG TARUH (PUSAT PENGUMPULAN DAN KEMUDAHAN PEMEROLEHAN KEMBALI) BERKENAAN MESKANISME PENGURUSAN E-WASTE DI MALAYSIA
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
16/07/2021
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Putrajaya>Ibu Pejabat

Penerangan

Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat telah mengadakan sesi libat urus bersama pemegang taruh pada tarikh dan masa seperti berikut : Tarikh: 13 Julai 2021 Masa :2.30pm (Secara Dalam Talian) Sesi libat urus ini bertujuan merangka halatuju bagi pengukuhan pelaksanaan mekanisme pengurusan e-waste yang holistik dan lestari di Malaysia serta membincangkan pengukuhan mekanisme pengurusan e-waste di Malaysia iaitu kerjasama di antara pusat pengumpulan dan kemudahan pemerolehan kembali. Seramai 140 peserta yang terdiri dari pusat pengumpulan dan kemudahan pemerolehan kembali e-waste telah menyertai sesi libat urus ini yang dilaksanakan melalui pelantar aplikasi Zoom Meeting. Sesi libat urus ini kemudian dipecahkan kepada tiga kumpulan di dalam Breakout Room Zoom Meeting untuk perbincangan mengenai 4 perkara di bawah, di mana wakil kumpulan akan membentangkan outcome mereka.
  1.  Isu dan cabaran yang dihadapi oleh pusat pengumpulan dan kemudahan pemerolehan kembali.
  2. Menentukan kadar subsidi kitar semula yang bersesuaian dengan keperluan industri di Malaysia.
  3. Mengenalpasti isu dan cabaran bagi menentukan nilai collection rate dan recovery rate.
  4. Pelaporan data e-waste dari isi rumah.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan