PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KONSISTEN DALAM MENJALANKAN RONDAAN DAN PEMANTAUAN MENCEGAH PENCEMARAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 13/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KONSISTEN DALAM MENJALANKAN RONDAAN DAN PEMANTAUAN MENCEGAH PENCEMARAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
13/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

1 Julai 2021- Kemaman, Terengganu. Pegawai penguatkuasa terus menjalankan tugas mengikut Arahan Bertugas yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dalam  tempoh PKP 3.0. yang telah berkuatkuasa sejak 1 Jun 2021. Sebagai barisan hadapan mencegah pencemaran, rondaan mencegah pembakaran terbuka dan memantau premis industri  melibatkan localiti dan  jalan-jalan utama yang menghubungkan  Kg. Besut, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kijal, Kerteh, Kawasan Perindustrian Kerteh, Kawasan Industri  Polimer Kerteh , Kemasik dan berakhir di Bandar Chukai. Sepanjang  rondaan dan pemantauan ini tiada kejadian yang mencurigakan dikesan dan tiada aktiviti pembakaran terbuka ditemui. Keberadaan pegawai penguatkuasa di lapangan memberi pentunjuk yang jelas kepada masyarakat betapa Jabatan Alam Sekitar sentiasa bersiap siaga dalam memastikan punca-punca pencemaran terkawal pada setiap masa dan keadaan.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan